NOTA BAHASA MELAYU TAHUN 2

 Nota Bahasa Melayu - Tahun 2


1. Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

  Manusia, orang     = ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor,askar dll

binatang              = ayam, gajah, kerbau, anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh-tumbuhan = pokok betik, rumput, lalang dll

benda                 = pasir, kayak, radio, rumah, pen, buku dll

tempat                = pejabat, pulau, sekolah, bandar, negeri dll

 

ii. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat

(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

iii. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

iv. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian

tua - ketua

raja - kerajaan

tahu - pengetahuan


Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan seekor gajah.

Pada akhir ayat

Gajah itu berbadan besar.

Pada awal ayat





2. Kata Nama 

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.


Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll


Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia

Zaidi, Mei Fong,

Subramaniam

binatang

Tompok (kucing),

Jalak (ayam)

tempat

Muar (daerah),

Seremban (bandar),

Jepun (negara)

bangunan

Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),

Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku

Keluarga (majalah),

Rentong (novel),

Kamus Dewan ( buku)

benda

Proton Perdana

(kereta), Pilot

(pen), Seiko (jam)


Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan

Kata Nama Am

Kata Nama Khas

Benda

bangunan

kereta

buku

sekolah

Bangunan Tabung Haji

Proton Saga

Bahasa Melayu

S.K. Darau

Orang

doktor

kerani

guru

budak lelaki

Doktor Efendi

Puan Zainun

Cikgu Azmi

Muhamad Fauzi

Binatang

kucing

lembu

katak

ayam

burung

Si Tompok

Lembu Sapi

Katak Puru

Ayam Belanda

Burung Murai

Tempat

negeri

bandar

kampung

tasek

Terengganu

Jerteh

Kampung Pasir Akar

Tasek Perdana

Tumbuhan

pisang

cili

jambu

limau

Pisang Emas

Cili Padi

Jambu Batu

Limau Kasturi

 

3. Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri merupakan kata yang menjadi penganti nama. Terdapat 3 jenis kata ganti nama diri iaitu

 a) Kata ganti nama diri pertama

Digunakan untuk mengantikan diri orang yang bercakap

Contohnya, saya, aku, beta, patik, kami, kita


 b) Kata ganti nama diri kedua

Digunakan untuk menggantikan dri orang yang diajak bercakap

Contohnya, awak, kamu, engkau, anda, saudara, kalian


 c) Kata ganti nama diri ketiga

Digunakan untuk menggantikan diri orang yang dicakapkan halnya

Contohnya, beliau, ia, dia, -nya, baginda, mereka



4. Kata Kerja

Kata kerja terbahagi kepada: 

A. Kata Kerja Transitif (Perbuatan Melampau ) 
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) 

A. Kata Kerja Transitif 
i. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 
ii. Ayat ini mesti ada peyambutnya (objek) 
iii. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan (me-) sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. 

*Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. 
Contohnya: Atan mendengar radio. 
mendengar ialah kata kerja 
transitif 
radio ialah objek (kata nama) 
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: 


Contoh ayat: 
1. Kucing itu menangkap seekor burung. 
2. perempuan itu menjual sayur. 
3. Bapa sedang menulis surat. 


Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. 
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut. 
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut. 


(a) Pak Abu menjala ikan. 
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. 
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. 
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh. 
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih. 
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya. 


Subjek (pembuat)
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )

#Dia suka membaca buku.

#Jamilah memukul seekor ular.
#Abidin menjual kuih-muih.

#Ramli berjalan ke sekolah.
#Kereta itu melanggar seekor lembu


B. Kata Kerja Tak Transitif 
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut. 


Contohnya: 
i. Mereka berjalan pada hari cuti. 
ii. Anjing itu sedang tidur. 
iii. Hujan turun dengan lebatnya semalam. 


Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. 
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. 
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain. 


Subjek (pembuat) Kata kerja tak Transitif keterangan 
Kami mandi di tasek itu. 
Dia senyum semasa berjalan.
Saya menyanyi dengan kuat. 
Hassan berjalan ke sekolah.




Addy Welson Duma - 18012023

Comments